Assalamualaikum semua pembaca.
Sekarang dah masuk 37 minggu baby dalam kandungan. Seperti yang dah tahu, I mengandung dalam keadaan suami dah ceraikan semasa kandungan sebulan. Jadi dalam masa 9 bulan ni I cuba cari kekuatan. Tipu lah tengok kita mampu tersenyum sedangkan hati sakit. Itu cuma luaran. Orang boleh happy, senyum dan kadang cakap je apa yang nak dikatakan tapi kita yang rasa.
So bab perasaan ni biarlah Allah yang tahu. For me memang sedih tapi I just okay sebab dah tak nampak bekas suami tanam rasa cinta. Betul lah cinta itu buta. Semuanya dusta.
Barang-barang bersalin banyak I prepare sikit demi sedikit. Yes, I habiskan banyak duit. Banyak sangat. Bayangkan struggle daripada awal ada berapa je kadang pinjam duit kawan, kadang sabar 2-3 bulan, tunggu duit meniaga masuk. Tak mudah tapi buat juga. Susah kita orang nampak kita senang. Sedangkan kita perit.
Apa pun cukuplah apa yang ada sekarang ni. Nak beli susu kadang sebulan tak ada fulus, terpaksa beli bulan depan. Tapi tak apa. Anak ummi sihat. Ummi pun kuat je walaupun sakit. Allah ada, inshaAllah Allah jaga kita.
Doakan I mudah bersalin yea!