Jiwa
Bukan tulisan
Gemersik dalaman
Hanya Tuhan saja yang tahu
Benarkah?
Mampukah aku?
Aku tergagah memegang erat kata itu
Warna-warna pelangi mula riang di atas kekosongan
Jiwa
Aku leraikan
Aku lepaskan
Aku biarkan
Kerna aku tidak tahu
Masih tidak tahu
Adakah ini yang aku cari?
Benar atau dusta
Jiwa
Aku simpan kamu
Namun aku bebaskan
Kerna aku tahu
Kau juga punya hidup
Bukan dongengan
Kau mahu melangkah keluar
Saat kita tidak pasti
Dan aku pasti aku telah memilih
Jiwa
Aku yakin ada hikmahnya
Ada jalannya
Sabar wahai laluan
Lorong-lorong itu
Punya liku-liku hidup
Tuhan sedang memberitahu sesuatu
Aku masih belum sedar
Aku tetap di sini
Berdiri teguh
Walau apa pun yang mendatang
Aku akan tetap di sini
Jiwa
Cerita itu
Pasti ada kisahnya
Pena karya kita takkan berhenti menulis
Ia akan terus bergerak
Walau dirimu merajuk dan marah
Walau diriku tidak kelihatan
Maafkan aku
Aku tidak akan lupa
Kau tahu wahai jiwa
Tuhan itu memilih jalan yang lebih baik
No comments:
Post a Comment