Pages

Tuesday, August 4, 2015

Doodle menggunakan perisian Paint Tool Sai

Baru berjinak dengan dunia doodle ni. Kemahiran ni semua orang perlu ada. Tak kisah la apa-apa kemahiran. Menjahit ke, melukis, kemahiran dalam bidang elektrik, bidang memasak, atau apa-apa saja. Kemahiran diperlukan supaya mudah kelak di hari tua boleh mengisi masa lapang. Di samping itu, boleh menjana pendapatan. 

Saya menggunakan perisian Paint Tool Sai. Seorang sahabat yang perkenalkan memandangkan saya gemar mewarna dan melukis. Heeee huuu...

Di bawah ni contoh perisian tersebut. Boleh reka pelbagai doodle yang comel.



Mula-mula guna agak rumit. Sakit tangan juga nak dapatkan warna dan lukis dengan baik. Selalu lukis atas kertas. Ini lukis dalam perisian. Perlu kesabaran yang tinggi dan minat yang mendalam. 

Sesiapa yang berminat, boleh la download perisian ini. Buka laman web, carian Paint Tool Sai. Semoga dapat mengisi masa lapang kalian. ❤

No comments:

Post a Comment