Pages

Monday, August 3, 2015

Ekstrimis Agama

Lama sangat tak terjah blog ni. Dehhh... dek kerana kesibukan semester akhir di Universiti. Ya, puas melayan jurnal-jurnal di hadapan mata. Habis bersepah semua buku-buku. Ada buku yang hilang juga. Aishhh... Entah mana diletak. Puas cari. Emmm... apa-apa yang jadi pasti ada sebab. Tapi buku ni? Ouhhh sedihnya... Sesiapa yang jumpa buku tu, saya wakafkan. Insha-Allah beri ilmu yang baik buat kalian di samping meringankan beban mengeluarkan duit. Nahh... hari ini kita cuba kupas isu ekstrimis agama.

Ektrimis? Terlalu ekstrem? Individu yang menjaga agama, menjaga diri, kurang berhibur, mula menjauh dengan perkara yang lalai dikatakan ekstrimis? Tiada... tiada perkataan ekstrimis dalam agama. Ya, ada tanya beberapa sahabat, my girlfriends yang berusaha ke arah kebaikan, berusaha menjadi solehah dan mencari keredhaan Allah s.w.t. Mereka sering mengadu ada segelintir masyarakat atau di kalangan kawan-kawan mereka sendiri yang perli, maki hamun dan seumpanya.

"Kau ni pakai elok-elok, kawan dengan orang baik-baik tapi perangai sama je dengan geng-geng free hair."

Ouch... Baru saja nak berubah, dah ada orang yang menjatuhkan. Begini, bagaimana masyarakat kita akan kembali kepada Pencipta? Berapa ramai yang akan berubah? Awal-awal lagi tidak sokong sahabat ke arah kebaikan. Menjadi solehah itu memperbaiki diri dari masa ke semasa di samping menjaga hubungan dengan Pencipta.

Solehah bukan malaikat ya... Solehah tetap manusia. Dia tetap melakukan kesilapan, dia tetap terlalai, alpa dan lupa. Sebab itu, mereka perlukan kawan yang baik dan sentiasa menyokong setiap masa. Say Alhamdulillah kawan kita nak berubah dan doa juga moga diri sendiri mendapat petunjuk yang baik dari ilahi. Itu lebih baik dehhh... Sentiasa ingatkan pada kebaikan.

zassss.... dikatakan ekstrimis pula apabila...

"Kenapa kau pakai stoking?"

"Kenapa kau tak nak pergi majlis kebudayaan? Ada makan-makan. Ada persembahan. Best!"

"Kenapa pakai tudung labuh sangat?"

"Kenapa tak nak bergambar?"

"Kenapa tak nak duduk sebelah lelaki?"

"Kenapa wehhh!"

"Kenapa?"

"Kenapa?"

"Kenapa?"

Adakah ini ekstrimis? Bagi sesetengah pihak yang kurang mengerti mengenai aurat, ikhtilat dan sebagainya pasti mengatakan ini.

Baiklah, senang cerita Allah s.w.t dah turunkan al-Quran kepada umat manusia. Tu, nak tunggu apa lagi? Quran tu untuk dibaca la. Lepas tu? Apa guna mengaji tahu hukum-hakam, tajwid A+, bacaan lancar, tetapi maksudnya kosong dalam kepala. ZERO.... blank... blank... blank

Waktu mengaji, ustazah pesan tutuplah aurat. Pakai tudung. Perempuan mesti tutup aurat. Tak tutup aurat, masuk neraka, Allah murka dan seterusnya...

Jadi, rata-rata hanya faham pakai tudung sebab takut neraka. Pakai tudung sebab takut terserempak dengan ustaz atau ustazah. Pakai tudung sebab mak pakai, mak suruh, ayah suruh, kaum kerabat suruh.

Fahamkah kalian neraka itu apa? Aurat itu apa? Faham? Faham, pasti tiada yang mengatakan ekstrimis dalam beragama.

Tidak faham? Jadi, kalian lah yang rugi dan mengatakan golongan yang berusaha ke arah soleh solehah ini ekstrimis. Walhal mereka lakukan perkara benar yang dituntut dalam agama islam melalui ayat-ayat al-Quran oleh Allah s.w.t.

Terang-terang Allah jelaskan kepada kita tentang jaga pandangan, jaga aurat dan sebagainya. Itu semua ada. Tak percaya? Buka al-Quran tafsir sekarang. Surah an-Nur, ayat 30 dan 31. Cuba baca kuat-kuat. Bagi masuk dalam telinga terus ke saraf otak dan mula menyentuh hati.

Kasi setepek kat dahi! Adehhh...

Kan... Kesimpulannya, doa yang baik-baik dan bukakan hati untuk berhijrah. Tiada ekstrimis. Mereka mengejar redha ilahi. Mereka berusaha bersungguh-sungguh walau jatuh berkali-kali. Bantu mereka berjuang. Mereka lakukan semua ini kerana tuntutan islam. Moga kita semua mendapat kebaikan dari Allah s.w.t. Itu yang terbaik.

p/s: Kepada sahabat yang mula berhijrah, teruskan perjuangan dan sentiasa kuat dalam menempuh pelbagai dugaan. Allah ada. Allah sentiasa ada. Yakinlah. 

No comments:

Post a Comment